Assalamualaikum wbt
Lama sudah aku buka blog ini. Hari ini aku terasa hendak meluahkan apa yang aku rasa sejak beberapa bulan ini. Aku sudah bekerja hampir 6 bulan di Travel Agensi. Syarikat pak cik sendiri. Selama 6 bulan ini, aku tidak belajar apa pun. Hanya tahu berkenaan Mahram untuk pergi umrah dan sedikit pengurusan Visa. Tambahan lagi, buat marketing. Itu sahaja. Aku berusaha mencari pekerjaan baru. Tapi, GAGAL. Rasa susah hendak mendapat kerja pada zaman kini. Aku rasa sangat tertekan sekarang ini. Apabila aku semak semula resume, ok sahaja sebab telah disemak oleh ORANG yang PAKAR dalam hal resume. Aku tidak tahu dimana silap aku. How to sell yourself in job marketing? Haa...
Aku hendak kerja !!! Tolong la. Hari-hari aku cari kerja di Internet. Dapat call, tapi, aku terpaksa tolak sebab terlampau jauh untuk pergi temuduga. JB ke KL. Hendak pergi boleh, tapi perlukan duit. Aku yakin, mereka pasti tanya tentang pengangkutan sendiri. Aku memang belum ada kereta. Jadi, sekarang ini aku cuba kumpul duit untuk beli kereta walaupun gaji hanya RM800 sahaja. Aku akan cuba dapatkan kereta supaya memudahkan pergerakan aku. Company pun rasa mudah untuk ambil aku bekerja.
Pada hakikatnya, bila aku nilai balik diri aku sendiri, aku banyak kelemahan. Banyak perkara yang perlu aku stabilkan dulu. Adakah ini sikap suka MENUNGGU dan bukan MENCARI? Banyak benda yang aku fikirkan:
- Kenderaan sendiri
- Tempat tinggal
- Gaji yang sederhana (cukup perbelanjaan dan makan minum sahaja)
Lengkap 3 perkara di atas, In shaa Allah, aku tidak ada masalah untuk menerima panggilan temuduga. TAPI, aku juga sedang menunggu keputusan untuk sambung Master. Jadi, aku kena SABARRRRRRR... tunggu sikit masa lagi. Kalau tidak dapat sambung master, aku akan cari kerja lain, pergi sahaja mana-mana temuduga. Ha!!! Dapat dah punca masalah aku! dan sekarang, ini perancangan aku. Harus ada PLAN A & B:
Plan: Tunggu keputusan pengambilan Master.
Jika dapat (A): Terima dan cari kerja yang berdekatan dengan kampus
Jika tidak (B): Cari kerja terus! Jangan tunggu lagi.
YES! dapat dah penyelesaian dia.. yuhuuuuu
Wish me luck! Aku percaya dengan rezeki Allah swt.
LOVE YOU ALLAH swt!!!!
wassalam