Sunday, 6 July 2014

STRESS

Bismillahhirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Lama sudah aku buka blog ini. Hari ini aku terasa hendak meluahkan apa yang aku rasa sejak beberapa bulan ini. Aku sudah bekerja hampir 6 bulan di Travel Agensi. Syarikat pak cik sendiri. Selama 6 bulan ini, aku tidak belajar apa pun. Hanya tahu berkenaan Mahram untuk pergi umrah dan sedikit pengurusan Visa. Tambahan lagi, buat marketing. Itu sahaja. Aku berusaha mencari pekerjaan baru. Tapi, GAGAL. Rasa susah hendak mendapat kerja pada zaman kini. Aku rasa sangat tertekan sekarang ini. Apabila aku semak semula resume, ok sahaja sebab telah disemak oleh ORANG yang PAKAR dalam hal resume. Aku tidak tahu dimana silap aku. How to sell yourself in job marketing? Haa...

Aku hendak kerja !!! Tolong la. Hari-hari aku cari kerja di Internet. Dapat call, tapi, aku terpaksa tolak sebab terlampau jauh untuk pergi temuduga. JB ke KL. Hendak pergi boleh, tapi perlukan duit. Aku yakin, mereka pasti tanya tentang pengangkutan sendiri. Aku memang belum ada kereta. Jadi, sekarang ini aku cuba kumpul duit untuk beli kereta walaupun gaji hanya RM800 sahaja. Aku akan cuba dapatkan kereta supaya memudahkan pergerakan aku. Company pun rasa mudah untuk ambil aku bekerja.

Pada hakikatnya, bila aku nilai balik diri aku sendiri, aku banyak kelemahan. Banyak perkara yang perlu aku stabilkan dulu. Adakah ini sikap suka MENUNGGU dan bukan MENCARI? Banyak benda yang aku fikirkan:


  • Kenderaan sendiri
  • Tempat tinggal
  • Gaji yang sederhana (cukup perbelanjaan dan makan minum sahaja)
Lengkap 3 perkara di atas, In shaa Allah, aku tidak ada masalah untuk menerima panggilan temuduga. TAPI, aku juga sedang menunggu keputusan untuk sambung Master. Jadi, aku kena SABARRRRRRR... tunggu sikit masa lagi. Kalau tidak dapat sambung master, aku akan cari kerja lain, pergi sahaja mana-mana temuduga. Ha!!! Dapat dah punca masalah aku! dan sekarang, ini perancangan aku. Harus ada PLAN A & B:

Plan: Tunggu keputusan pengambilan Master. 
Jika dapat (A): Terima dan cari kerja yang berdekatan dengan kampus
Jika tidak (B): Cari kerja terus! Jangan tunggu lagi.

YES! dapat dah penyelesaian dia.. yuhuuuuu

Wish me luck! Aku percaya dengan rezeki Allah swt.
LOVE YOU ALLAH swt!!!! 

wassalam



Monday, 27 May 2013

Gender in Muslim view

Alhamdulillah. Today was my last class in Gender, Ethnicity, and Class with Dr. Hew. About 3 months    I have learned more about gender. Dr. Hew was my great lecturer thought in Gender and Women discrimination. She very open minded person according her experience who are study in Gender since dip until Phd holder. 
Now, I would like to shared what I have learned and heard along my class in this semester. Actually, I have my own opinion about Gender and it was be in contradiction with my lecturer thought. She has explain about violent and discrimination to women and children. She said " don't try to blame a women who are wearing a sexy clothes if she was raped by man. We have to blame a man who are doing violent to women!".
Yes. She was right. BUT we must know one thing. In Islamic thought, women are not allowed wearing a sexy clothes or shows their body or 'aurat' to 'bukan muhrim' or 'non muhrim'. WHY? Because...The reasons are to avoid something bad happen to her or attract people especially GUYs or MANs or BOYs to look at you. And addition man are also MUST be a man of faith or the faithful. WHY? Because.. our God ALLAH believed that raped and vehemently among of man to women WILL BE HAPPENS. By doing all of this thinks, women will not be rape and man will no rape women. 
Islam thought also reaffirm to man and women MUST learned about ISLAM and believed ALLAH and be faithful. Islam will open your heart and show us a good way through Al-Quran and Sunnah. Human will chance anytime anywhere. 
Think about it.
You still don't believe me?
OPEN AL-QURAN>> read, understand, and think about it..



Wednesday, 22 May 2013

Tafsir surah An-Nur


Luangkan masa membaca tafsir surah an-Nur. Subhanallah.. Banyak pesanan yang Allah swt telah turunkan kepada kita. Kita yang tidak sedar tentang kebenarannya kalau kita tidak membaca dan memahami maksud surah an-Nur.

Nak kongsi sedikit tentang surah an-Nur:

Dalam surah itu, Allah mengingatkan kita tentang perlakuan kaum hawa dan kaum adam:
1) Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman

2)  Allah akan laknat kepada orang yang berdusta atau bercakap bohong

3) Orang yang menyebarkan tuduhan-tuduhan buruk, Allah akan turunkan azab seksa di dunia dan akhirat

4) Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat

5) Jangan masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu tanpa memberi salam dan meminta izin. Sekiranya kamu diarahkan 'baliklah' maka kamu perlu berundur balik. 

6) Kaum hawa harus menyekat pandangan mereka, pelihara kehormatan mereka, jangan memperlihatkan perhiasan tubuh, menutup dada dengan tudung kepala mereka,  dll

7) Kahwinlah orang-orang bujang dalam kalangan kamu. Jika tidak mampu untuk bernikah, hendaklah kamu jaga kehormatan sehingga Allah memberi kemampuan kepada kamu... 


>>>Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan Nur Hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu...

>>> Nur Hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali di rumah ibadat

Kadang-kadang kita banyak baca nota-nota motivasi, ceramah-ceramah, dan sebagainya. Tapi kalau kita  sendiri baca tafsir al-Quran, kita akan lebih rasa yakin, dekat, dan rasa takut dengan kebenaran yang tertulis di dalam al-Quran. Setakat membaca atau mengaji tidak berguna kalau kita tidak mahu tahu maksud disebalik ayat-ayat tersebut.

Banyak pesanan yang Allah swt pesan kepada kita. Ayatnya berulang-ulang. Kenapa berulang? Asyik menyatakan tentang kiamat, keimanan, amalan, kisah-kisah nabi, dan balasan kebaikan dan keburukan, neraka dan syurga. ITU banyak diulang di dalam kitab al-Quran. Kenapa diulang??

SEBAB.. Allah swt hendak mengingatkan manusia supaya sentiasa beringat. Manusia sentiasa berubah. Dengan peringatan yang berulang yang telah Dia turunkan, ia dapat menguatkan lagi ingatan kita akan pesananNya. 

Subhanallah..rasa jahilnya diri ini. Tidak sedar tentang pesananMu ya ALLAH...

NUR HIDAYAH.. cahaya petunjuk. Alhamdulillah.


Thursday, 1 September 2011

Kehilangan Org Tersyg di pagi Syawal..

Salam..
Pagi syawal, hari yang paling tak akan aq lupakan.
aq mmg xde feel langsung nk sambut raya tahun ni. xtau nape..persiapan raye pon biase2 jek.baju kurung raye pon aq xkesah sangat. bile shopping bju jek, aq pikir utk pakai g kuliah. xpikir nk pakai utk raye pon. hati ni mmg btul2 xrasa nk raye pon. mmg ade hikmah disebalik nye. umi ayah n adek, pagi2 ag da bersiap nk g solat raya. aq jek yg xbrsiap ag. kol 7pg still bergolek ats katil.hehe..rancangan sebenar rya tahun ni, nk balik kpg (alor gajah, Melaka) pd raye ketiga. xpenah2 nk balik raye ketiga, tiba2 tahun ni nak balik raye ketiga. biasanya raye pertama dah gerak balik kpg. tp tahun ni lain..ade bberapa mslh yg xdpt dielakkan..mmg ade hikmah benda ni sume terjadi tanpa diduga.

akhirnya, di pagi raya 1 Syawal jam7.30 pg, Tuhan dah tunjukkan segala2 nya pd aq dan keluarga. Kami kehilangan atuk yg kami syg. Hj. Mohd Yassin Bin Hassan. Allah s.w.t telah mengambil nyawa arwah pd jam 7.10pg. Umi ayah dpt call dari makcik di Singapore. bgtau yg atuk dah xda...mmm
Innalillahhiwainailaihiragiun....

aq dah lame xjumpe atuk. last aq jumpe mse kt hospital melaka, tahun lepas, 2010. Tahun ni aq xjumpe pon atuk.xcium pon tangan die. juz dpt nengok pic2 arwah kt fb cousin aq.dpt la sikit perkembangan pasal atuk kt fmly n fb. aq kt sarawak. balik pon jarang.aq rsa sikit terkilan sbb xjmpe atuk. xpela. dah ajal dia.aq redha. sepanjang arwah hidup, die mmg terseksa ngn pnyakit die.biarlah die pergi ngn tenang.
arwah dikebumikan disebelah kubur arwah nenek slps asar.

dulu, masa nenek n atuk ade, mmg best. aq ske lauk ayam masak lemak cili padi yg nenek masak. mmg best! pg raya, nenek mst masak arca.hehe. tp arwah dah meninggal pd 2005. skng 2011, atuk pulak pergi. bila ank2 n cucu2 die balik kpg arwah berdua mesti sambut. bile nk balik jb, atuk n nenek mst duduk kt tembok n lambai2 gudbye kt cucu n ank2 die lau nk balik.tp sekarang?.....xde sape dah yg nk lambai2 selamat jln kt kami ag.xde spe yg nk sambut ketibaan n kepulangn kami kt kpg.

arwah atuk n nenek slalu bergurau ngn cucu2 die. bahagia jek lau nengok. kami selalu urut belakang atuk lau die semput xdpt bernafas. pimpin tgn die lau nk naek tangga. buatkan air milo.lau dtg uma aq, mst tdo kt bilik aq.cucu2 die mmg layan die ngn baek. buat ape yg die nk.skng?kubur jek yg dpt kami ziarah pd pg raya akan dtg n selamanya.

No Hari Raya pd tahun ni buat aq n fmly. Semoga roh atuk n nenek dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan owg2 yg beriman. Amin. 
Al-Fatihah..

Tinggal Kenangan..
Nama arwahyarham dan arwahyarhamah di tembok hadapan rumah beliau.


Thursday, 7 July 2011

MY FIRST INCOME

...Salam..
yesterday i got my first salary.
gaji yang tidak seberapa pun.
hasil daripada kerja part time.
so, saya telah membelanjakan sedikit daripada gaji saya untuk ibu bapa.
so, saya hanya mampu belanja mereka makan tengahari sahaja.
alhamdulillah..
insyallah.selepas tamat pengajian and dapat pekerjaan tetap, saya akan jalankan kewajipan sebagai seorang anak.
semoga segala keinginan dan urusan saya dipermudahkan oleh-Nya dan dibuka kan pintu rezeki untuk kami sekeluarga.
AMIN


Saturday, 2 July 2011

MONEY!! PEOPLE COME CLOSE..NO MONEY?? PEOPLE KEEP AWAY FROM US

..Salam..
"no money no talk"

bagi masyarakat sekarang, duit adalah segala-galanya.
tanpa duit seluruh hidup akan musnah.
hidup merempat,muflis,hilang arah hidup,berlaku perpecahan dan pergaduhan.
semua ini berlaku tidak kira antara sahabat atau keluarga.
manusia tidak lari dari masalah duit.
tapi kita jangan lah menipu hal2 berkaitan dengan wang.
ia akan memusnahkan hidup orang lain.
sama seperti makan duit anak yatim.
WANG WANG WANG
WANG DAN REZEKI DATANG DARI YANG MAHA KUASA
saya akan sentiasa ingat sampai bila-bila.

Friday, 1 July 2011

OBESITY 'IS HIGHER AMONG NON-SMOKER WOMEN'

29 June 2011 

Non-smoking woman are more likely to be obese and die of associated illnesses than those who smoke, according to research.
About 8,000 women were recruited to the Renfrew and Paisley study from 1972 to 1976. Of these, 40% had never smoked.
The authors, led by Dr Laurence Gruer from NHS Health Scotland, found 60% of non-smokers were overweight or obese compared with 40% of those who smoked.
The study claimed extra weight acted as a major contributor to premature death.
However, experts stressed that smoking was a "much stronger" risk factor than obesity.
The study of women aged 45 to 64, published in the British Medical Journal, said the highest rate of obesity among non-smokers was found in low income groups.
Almost 70% of women in this category were overweight or obese, according to the research.
Dr Gruer said: "You can certainly assume that if you are obese, you are more likely to die of things like diabetes, heart attacks and strokes."

Start Quote

It goes against the idea that if you live in a poor neighbourhood or came from a working class background, then your health will be worse, regardless”
Dr Laurence GruerNHS Health Scotland
Researchers also suggested declining numbers of female smokers over the past few decades may have had a direct impact on obesity levels - with fewer people using cigarettes in an attempt to suppress their appetites.
The study also found that non-smokers from a lower occupational group were no more likely to die early if they lived a healthy lifestyle.
Dr Gruer said: "If you never smoke and you keep your weight within the reasonable limit then even if you earn below average income and live in a more disadvantaged area, you can still expect to live a long and healthy life.
"You are not doomed to die early just because you happen not to have a high income or good job or live in a leafy suburb.
"It goes against the idea that if you live in a poor neighbourhood or came from a working class background, then your health will be worse, regardless."
Prof Johan Mackenbach from the Erasmus Medical Centre in Rotterdam welcomed the study but added: "It is important not to forget that smoking is a much stronger risk factor for mortality than most other risk factors, including obesity."
********************************************************************************************

Great!!!!